Tuesday, January 12, 2010

Artikel ini di petik daripada majalah Al-Islam keluaran September 2009. Saya harap anda dapat memahami dan menghayati dengan baik mesej yang terkandung dalam artikel ini.

Zuckerberg guna facebook untuk bunuh penduduk Palestin.

Fenomena facebook yang menular di seluruh dunia semakin pesat. Zaman ini, sesiapa yang tidak tahu tentang facebook dikategorikan sebagai buta IT. Benarkah?. Terpulanglah kepada anda. Tetapi sekadar berkongsi maklumat, apa sahaja bahan yang hendak dicari, anda hanya perlu sentuh skrin maklumat yang terbentang.

Kembali kepada fenomena facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta orang. Tetapi baru-baru ini, facebook mengeluarkan kenyataan penggunanya meningkat ke 240 juta orang. Satu angka yang cukup besar dalam tempoh setahun.

Jadi tidak hairanlah jika facebook boleh menjana pendapatan hingga 300 juta usd pada tahun 2008. Lantaran sambutan yang menggalakkan, serta keuntungan yang lumayan, syarikat gergasi komputer Microsoft telah membeli 1.6 peratus kepentingan facebook yang bernilai 240juta usd pada tahun 2007.

Bagaimanapun baru-baru ini, pengasanya Bill Gates salah seorang yang turut melayari facebook mengambil keputusan untuk menutup halamannya ekoran 10,000 orang yang tidak dikenali berminat untuk menjadi kawannya. Terbaru syarikat dari Rusia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak 200 juta usd dalam web tersebut dan menjadikan nilai syarikat itu meningkat sebanyak 15 billion usd.

Bagaimanapun dalam keghairahan melayari facebook, kerajaan Iran pada 23 mei 2009 mengambil keputusan untuk menyekat akses facebook sempena pilihanraya presiden. Tujuannya ialah untuk menghalang para penyokong calon yang bertanding menggunakan halaman web facebook untuk berkempen. Tindakan negara Iran itu pun turut disusuli oleh Majlis Ulama Indonesia MUI yang mengharamkan facebook melalui fatwa yang dikeluarkan pada jun yang lalu. Hujahnya laman web berkenaan menjadi penyebab kepada perlakuan tidak senonoh dan seks sebelum nikah.

Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat wujud desas desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperanagn di Gaza. Antaranya blog Majelis Fathul Hidayah yang mendedahkan pemilik kepada laman web tersebut.

Daripada kajian yang dilakukan, facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan yahudi Edward dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya Seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan.

Zuckerberg dikatakan seorang yang genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudah mencipta satu permainan komputer yang dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika facebook dilancarkan pada 4 february 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Harvad berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti sekitarnya.

Apa kaitan Zuckerberg dengan Israel.?
Semasa di University Harvad, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat dan Canada. Kaitannnya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel.

Pertubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar universiti berbangsa Yahudi di AS. Asal utama pertubuhan ini adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yang benar memahami idea nilai dan etika Yahudi.

Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT, memetik kata-kata yang dilontarkan oleh Joel Leyden yang memanfaatkan sepenuhnya facebook untuk menyokong tentera Israel semasa peperangan di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersial pertama di Israel. Selain itu dia juga membuka laman web untuk Perdana Menteri dan tentera Israel.

Leyden mencipta facebooknya sendiri 3 jam selepas serangan pertama yang dilancarkan tentera Israel ke atas Gaza. Menerusi facebook dia membakar semangat tentera Israel yang mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat untuk tentera serta orang Israel.

Kenalan menyertainya mencapai 17000 pada 30 Disember pada tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan facebook untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di Semenanjung Gaza. Beserta dengan video Youtube, Leyden cuba memberikan penerangan lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang keatas penduduk di Gaza yang dilabel sebagai pengganas Islam.

Lain pula kisahnya di Indonesia. Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhammad Jibriel atau di kenali sebagai Price of Jihad yang memeperjuangkan suara Islam dan jihad didalam dunia cyber, akhirnya tidak diizinkan untuk melayari laman web tersebut. Suaranya yang cukup lantang,telah menarik perhatian pihak pengurusan facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti dilaporkan oleh Eramuslim.com dan Arrahmah.

Di Indonesia, facebook yang dikendalikan oleh kumpulam Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahlian yang paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila akaun facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa laman sosial itu milik Mark Zuckenberg yang juga anggota Alpha Epsilon Pi.
Soalnya, kenapa facebook milik Leyden tidak disekat tetapi facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yang hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing.

Bagaimana facebook mendapat untung?

Menurut Rizki, pendapatan utama facebook datang dari iklan yang banyak dipaparkan. Dari penelitiannya iklan yang terdapat di dalam facebook mempunyai sistem yang berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost per clik) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ada 1000 orang yang klik pada iklan itu maka facebook akan memperolehi pendapatan usd 500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlanya kiralah sendiri.

Jika itu lah wang yang diperoleh, anda boleh membayangkan berapa pula disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu di sumbang oleh orang Islam. Dengan klik sahaja pada facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza.